Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Friday, December 17, 2010

... senggugut boleh buat kita sukar hamil ke?? ...

salam..

lepas aku tolong ibu masak tadi, aku tgk la rancangan Wanita Hari Ini.. tajuk hari nie,( senggugut.. sukar hamil??) bile tgk tajuk 2 aku da mula takut sebab aku memang slalu kene senggugut nie setiap kali datang bulan.. tersangat lah sakit nyew.. tuhan jew yang tahu.. 


so, aku dengar la apa yang Dr Ismail Tambi (pakar sakit puan) nie terang kan dlm WHI tadi.. yang aku faham.. senggugut nie memang x dew ubat tuk pulihkn.. cume ada supplement yang sesuai jew untuk kurangkan rase sakit 2.. yang aku dengar supplement yang sesuai adalah EPO ( evening primerose oil).. pasal senggugut nie akan menyebabkn sukar hamil 2 doktor nie cakap care penyelesaian dye just kawin pada usia awal.. itu semua untuk mengelakkan wanita2 nie sukar hamil kelak..


aku x puas hati lagi dengan info yang doktor ni bg.. so aku buat researh sendiri pasal nie.. doktor nie ade sebut pasal endrometriosis & fibroid nie.. tp aku x paham sgt ap yang dye terangkn sbb kurang jelas.. so.. aku pown search la kt google pasal nie.. then terjumpa info2 yang sgt berguna tuk aku & para wanita lain yang mengalami masalah senggugut nie... jum bace info nie :)



Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atau 'dysmenorrhea' merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.

Keadaan ini dikenali sebagai 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.



BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU
Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.

Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi pun ca kepada senggugut.

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.

Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.


TAHAP SENGGUGUT

Senggugut dikelaskan kepada beberapa jenis. Jenis pertama adalah senggugut primer. Manakala jenis kedua pula ialah senggugut sekunder.


- SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA

Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' adalah disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. 'Prostaglandin' yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. Ter api yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukupnya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran 'prostaglandin' dan perubahan hormon.

-SENGGUGUT SEKUNDER

Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.

Contoh-contoh lain adalah :

ENDOMETRIOSIS
Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio.

FIBROID
Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus.

PELVIK
Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.



'INTRAUTERINE DEVICE' atau 'IUD'

Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu.

sumber rujukan - majalah rapi 1 sept 05
                           - rahsia seorang wanita




nie antara info yang aku jumpe.. siyes ak rase takut.. hope senggugut aku nie boleh hilang lepas aku kawin & lahirkan anak nanti.. aku harap jugak sengugut nie tak akan menyukar kan untuk aku hamil nanti.. yew la.. perempuan mane x nak anak or zuriat bile da kawin nanti..kan?? :)




p/s: aku plan nak kawin lmbt lagi nie.. mcm mane..=( 
sayang.. kumpul duit cepat ea..
 ley kawin awal.. hehehe ;)






TQ for visiting my blog. dont forget to drop some comments =)

Monday, December 13, 2010

... pelalian hpv ...


salam..
dis entry only for gurls...


skrg nie kementerian kesihatan Malaysia da mulekan pelalian hpv nie tuk anak2 gadis yg berumur 13 tahun or tingkatan 1..
 hpv = human papilloma virus nie la penyebab kanser serviks..

jum bace info nie same2 k..

(info from infosihat.gov)




 Apakah Kanser Servik ? 


Kanser yang terjadi di bahagian pangkal rahim (servik). Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita Negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita.




 Apakah Human Papilloma Virus (HPV) ? 


HPV adalah penyebab utama kanser servik. Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin.



 Apakah pelalian HPV ? 

Pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut : 


Suntikan pertama - tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/klinik.

Suntikan kedua - 1 bulan selepas suntikan pertama.

Suntikan ketiga - 6 bulan dari suntikan pertama.



Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan.









 Kenapa Anak Gadis 13 Tahun Perlu Mendapatkan Pelalian HPV ? 

Anak gadis anda berisiko untuk dijangkiti HPV. Pelalian ini boleh melindunginya dari mendapat kanser servik di masa akan datang.



Pada masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia hanya memberi pelalian secara percuma kepada semua gadis 13 tahun.







 Di Mana Anak Gadis Saya Boleh Mendapatkan Pelalian HPV ?

Jika anak gadis anda bersekolah, pelalian akan diberi di sekolah. Jika anak gadis anda tidak bersekolah, dapatkannya di klinik kesihatan. 




 Bagaimana Sekiranya Anak Gadis Saya Yang Tidak Termasuk Di Dalam Kumpulan Sasar Ini Hendak Mendapatkan Pelalian ? 


Pelalian ini hanya diberi kepada remaja perempuan yang bersekolah di tingkatan 1 dan/atau berumur 13 tahun pada tahun semasa. Bagi golongan yang tidak termasuk dalam kumpulan yang disasarkan, pelalian ini boleh didapati di klinik dan hospital swasta dengan kadar caj tertentu.






 Adakah Vaksin Ini Halal? 


Vaksin ini tidak mengandungi produk yang meragukan.



 Adakah Anak Gadis Saya Akan Mengalami Masalah Selepas Disuntik ? 


Pelalian ini adalah selamat. Seperti pelalian lain, anak gadis anda mungkin mengalami sakit atau bengkak di tempat suntikan. Sekiranya, anak gadis anda mengalami masalah lain akibat suntikan, sila dapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital yang berdekatan.





 Adakah Pelalian Ini Akan Menyebabkan Anak Saya Mandul ? 


Tidak. Pelalian ini tidak menyebabkan kemandulan.





 Apakah Keadaan Yang Tidak Membolehkan Anak Gadis saya Diberi Pelalian HPV ? 


Anak anda tidak akan diberi pelalian atas sebab-sebab berikut : 

  • Pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua.
  • Pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital.
  • Hamil.


nie spttnyew tuk parents..
tp ak malas nk edit..
so..
nie antara info penting yg ak highlight kn dlm blog nie..
then ak rase sume gurl2 kt luar sane perlu alert ngan vaksin hpv nie..
and kowg patut dptkn suntikan nie secepat mungkin..
ak pown nk dptkn gak..
ini smue untuk mencegah kanser serviks di kalangan kite..
hope kowg dptkn pelalian hpv nie k..


mari kite cegah kanser serviks same2!!
:)







TQ for visiting my blog. dont forget to drop some comments =)

this blog is protected.please do not copy any items because it is under ZARAZYRA copyright ©